Monday, May 21, 2012

Raja Baharin Kerabat Diraja Perak

21.05.2012, Isnin - Tentu sebahagian kita semua kenal akan Dato' Raja Baharin Shah bin Raja Ahmad yang satu ketika dahulu sanggup bertarung nyawa menghadapi risiko untuk membawa pulang dua orang anaknya ke Malaysia daripada jagaan bekas isterinya Jacqueline Gillespiedi Australia dan juga merupakan seorang arkitek berjaya di Terengganu yang menghasilkan Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikebali sebagai Masjid Puth atau Masjid Terapung yang menjadi salah satu mercu tanda di Terengganu. Kebanyakan akhbar/kita semua mengetahui bahawa beliau adalah kerabat diraja Terengganu dimana bonda beliau Tengku Zaleha binti Sultan Ismail merupakan puteri kepada Sultan Terengganu dan bonda saudara Tuanku Mizan tetapi tahukah anda bahawa beliau juga merupakan kerabat diraja Perak disebelah Ayahandanya.  Kedua ayahanda dan bonda beliau telah berpisah dan bondanya kembali semula ke Terengganu dan sebab itulah kita lebih mengenalinya didalam keluarga diraja Terengganu.

Ayahanda beliau adalah Raja Ahmad Baharuddin Shah bin Raja Abdul Rashid merupakan anak kepada Raja Bergelar dan Bakal Sultan Perak.  Tengku Zaleha merupakan isteri pertama Raja Ahmad Baharuddin Shah. Nendanya (datuk) adalah Duli Yang Amat Mulia Raja Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul-'adzam Shah adalah merupakan Raja Bendahara Perak yang terakhir. Bonda Raja Ahmad Baharuddin Shah pula adalah Raja Puan Kecil Raja Aishah binti Raja Saidin dan telah mangkat pada 01.06.1997.  Selepas kemangkatan Raja Abdul Rashid pada 1958, Paduka Seri Sultan Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (Ayahanda Sultan Azlan) telah menghapuskan gelaran Raja Bendahara yang merupakan gelaran yang disandang oleh kerabat diraja Perak selama 200 tahun.  Gelaran ini kemudiannya dikembalikan semula kepada "orang kebanyakan" sepertimana asalnya dan dikenali dengan panggilan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja hingga kehari ini.  Dengan pemansuhan ini, kedudukan Raja Di Hilir Perak kini berada ditempat kedua sebagai pewaris tahta negeri Perak Darul Ridzuan


1 comment:

Anonymous said...

Tapi kenapa Jacqueline Gillespie, ex-wife Raja Bahrin di Australia refer dia sebagai Malaysian Prince. Seolah-olah dia macam mampu dan berkuasa untuk 'melarikan' dua anak mereka dari negara itu.
Refer article: Jacqueline Pascarl, Once I was a Princess