20.05.2012, Ahad - Buat julung kalinya selepas ditabalkan, Baginda Queen Elizabeth II telah menganjurkan Jamuan Santapan Tengahari sempena Sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda yang dihadiri oleh raja-raja, permaisuri-permaisuri dan kerabat diraja hampir seluruh dunia. Majlis diadakan pada 19.05.2012 bertempat di Istana Windsor. Seramai 20 orang raja dan permaisuri dan enam wakil raja-raja telah bersama-sama baginda dalam majlis ini termasuk KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Diantara 99 tetamu yang menghadiri majlis santapan ini adalah putera-putera Mendiang Princess Diana, HRH The Duke of Cambridge (Prince William) dan isterinya HRH The Duchess of Cambridge (Catherine) serta HRH Prince Henry of Wales (Prince Harry).
Gambar diatas adalah gambar Baginda Queen Elizabeth II bersama Raja-Raja yang menghadiri Majlis Santapan Tengahari ini iaitu dari barisan hadapan sebelah kiri Emperor of Japan, the Queen of the Netherlands, the Queen of Denmark, the King of the Hellenes, the King of Romania, Queen Elizabeth II, the King of Bulgarians, the Sultan of Brunei, the King of Sweden, the King of Swaziland, and Prince Hans-Adam II of Liechtenstein.
Barisan Tengah dari kiri The Prince of Monaco, the Grand Duke of Luxembourg, the King of Lesotho, the King of the Belgians, the King of Norway, the Emir of Qatar, the King of Jordan, the King of Bahrain, dan Yang di-Pertuan Agong of Malaysia.
Bahagian belakang dari kiri Nasser Mohamed Al-Jaber Al-Sabah of Kuwait, the Crown Prince of Abu Dhabi, the Crown Prince of Yugoslavia, the King of Tonga, the Crown Prince of Thailand, Princess Lalla Meryem of Morocco and Prince Mohammed bin Nawaf bin Abdulaziz Al Saud of Saudi Arabia.
Sumber : The Telegraph
Sumber : The Telegraph
1 comment:
Hmm is anyone else having problems with the pictures on this blog loading?
I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any feed-back would be greatly appreciated.
Visit my homepage click here
Post a Comment