Monday, May 14, 2012

Kes Kecurian Harta Raja Firaun Meningkat

14.05.2012, Isnin - Pihak berkuasa di Kaherah, Mesir berasa bimbang diatas kes kecurian yang melibatkan harta warisan Raja Firaun dengan temadun yang berusia lebih 5,000 tahun  itu semakin meningkat semenjak krisis politik melanda negara itu. Komender Jabatan Polis Pelancongan dan Antikuti Mesir, Abdel-Rahim Hassan dalam kenyataannya memaklumkan bahawa penjenayah semakin berani membuat penggalian haram dikawasan-kawasan penting termasuk berhampiran Piramid di Giza dan kawasan lain berdekatan piramid dan kuil utama di Luxor.  Kecurian juga berlaku di gudang arkeologi dan Muzium Mesir yang menyimpan banyak artifak zaman Firaun.   Menurut beliau lagi, jenayah ini bukan didorong oleh faktor kemiskinan tetapi faktor ketamakan yang membabitkan mereka yang berpendidikan tinggi.

Sebagai langkah pengawalan dan pengawasan, pihaknya dan pakar arkeologi telah membuat pemantauan di pusat-pusat lelongan Eropah dan Amerika Syariikat bagi memastikan artifak yang dicuri tidak diperdagangkan  ditempat berkenaan.Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh The Associated Press, Kementerian Dalam Negeri Mesir, semenjak bermulanya kebangkitan anti-Mubarak di Mesir pada awal 2011, terdapat pertambahan kes penggalian haram sebanyak 5,697 kes iaitu 100 kali lebih banyak dari tahun sebelumnya.Keadaan ini berlaku kerana kawalan keselamatan yang longgar.

Sumber :- Berita Harian

No comments: