Friday, May 11, 2012

Tuanku Abdul Halim Selamat Tiba Ke Kuala Lumpur Dari Lawatan Rasmi Ke Brunei

11.05.2012, Jumaat - Shukur Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon serta rombongan diraja telah selamat sampai Ke Kuala Lumpur pada  jam 17:30hrs tadi.  Baginda dan rombongan berada di Negara Brunei Darussalam untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari bermula Rabu Lepas. Sejurus baginda  tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur nyanyian lagu Negaraku dimainkan diikuti tembakan 21 das meriam. Tuanku Abdul Halim turut berkenan memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Batalion Rejimen Askar Melayu Diraja. 

Terdahulu Yang di-Pertuan Agong dan Sultan Brunei Darussalam telah menunaikan Solat Jumaat di Jame 'Asr Hassanil Bolkiah yang terletak di Kampung Kiarong.


Sumber :- Bernama / Infofoto

No comments: