Thursday, May 3, 2012

Dato' Tunku Mokhtar Tunku Muhammad Jiwa Mangkat Pagi Tadi



02.05.2012, Rabu -  (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ), Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Dukacita dimaklumkan bahawa Dato' Tunku Mokhtar bin Tunku Muhammad Jiwa telah mangkat   pagi tadi jam 10:15 pagi dalam usia 75 tahun di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat masalah dalam usus.  Allahyarham merupakan bekas Leftenan Kolonel Rejimen Askar Melayu Diraja  yang telah bersara pada 1988 dan juga merupakan sepupu kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu  Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Menurut isteri Allahyarham, Tengku Zahara binti Tengku Karib Shah  (71tahun), suaminya mengadu sakit perut semenjak petang semalam selepas minum petang bersama putera bongsunya, Tunku Norzal Jalali dan isterinya Noorkamarina Dr Zainal Abidin.  Kemudiannya Allahyarham telah dihantar ke PPUM untuk rawatan lanjut. menurut Tengku Zahara lagi, Allahyarham sebenarnya sedang sibuk menguruskan majlis resepsi  Tunku Norzal Jalali yang akan diadakan pada 26 Mei ini.  Jenazah Allahyarham telah selamat dimakamkan di Makam Diraja Selangor, Shah Alam, Selangor lebih kurang jam 16:30hrs tadi.

Hasil perkahwinan Allahyarham dengan Tengku Zaharah telah dikurniakan dengan 3 orang cahayamata. Gambar menunjukkan seorang kerabat diraja menziarahi makam Allahyarham petang tadi setelah selesai upacara permakaman (pengkebumian).

Al-Fatihah ............... Semuga roh Allahyarham Dato' Tunku Mokhtar bin Tunku Muhammad Jiwa  ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.  Amin.  Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

Sumber :- Bernama

1 comment:

jewaputra said...

Genap setahun kemangkatan ayahnda saya Dato' Tunku Mokhtar Tunku Muhammad Jiwa. Terima kasih di atas keperihatinan saudara menyiarkan di dalam blog saudara, cuma ada sedikit kesilapan...nama bonda saya ialah Tengku Zaharah binti Tengku Khalid Shah. Posted by: Tunku Mohamad Jayadi