Monday, May 14, 2012

Datu Seri Najib Ke London Atas Jemputan Prince Charles

14.05.2012, Isnin - Hari ini YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang ditemani oleh Datin Seri Rosmah Mansor selamat tiba di London untuk lawatan kerja selama dua hari.  Kemuncak lawatan adalah menghadiri penganugerahan piagam diraja kepada Pusat Pengajian Islam Oxford atau OCIS. Datuk Seri Najib telah dijemput oleh HRH Prince Charles untuk majlis resepsi ini yang akan diadakan pada malam selasa bertempat di St. James Palace. Perdana Menteri juga akan melancarkan Rakan Barisan Nasional UK, menyaksikan majlis menandatangani memorandum andata Felda Global Ventures dan dua rakan kongsi strategik serta mengadakan pertemuan dengan komuniti Malaysia di United Kingdom. 

Ketibaan Datuk Seri Najib dan rombongan disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdon, Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad dan di bawa kepenginapan beliau di Dorchestar Hotel. Kami semua mendoakan agar Datuk Seri Ketibaan Najib Tun Razak dan rombongan selamat pergi ke Londaon dan selamat pulang ke Malaysia dan dipermudahkan segala urusan beliau dan rombongon di London. Amin.

Sumber :- Bernama