Friday, May 4, 2012

Sultan Pahang Zahirkan Dukacita Terhadap Pihak Yang Mengadakan Perhimpunan Dan Mencetuskan Huru-Hara

04.05.2012, Jumaat - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenaan merasmikan masjid baru  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  kampus Kuantan yang dibina dengan kos berjumlah RM15 juta,  Turut serta adalah Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah serta Menteri Besar Pahang YAB Dato' Seri Adnan Yaakob.

Dalam majlis ini baginda menzahirkan  rasa dukaita baginda terhadap kecenderungan pihak-pihak tertentu  mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang menetuskan huru-hara serta  mengancam keselamatan dalam negara dan menjejaskan kegiatan ekonomi.  Diantara titah Tuanku Ahmad Shah :-

  • "Melihat perkembangan di negara kita hari ini (terdapat) kecenderungan pihak-pihak tertentu mengadakan perhimpunan dan tunjuk perasaan yang boleh merosakkan keharmonian negara."
  • "Jika diperhatikan rata-rata yang mengikut perhimpunan ini adalah orang Melayu kita yang beragama Islam"
  • "Septutnya kita menjadi contoh kepada kaum lain untuk menjaga keharmonian negara"
Sumber :- Bernama

No comments: