25.05.2012, Jumaat - Pagi nie Syah terpaksa tumpang bas sekolah untuk ke KTM Rawang kerana driver biasa tu cuti serta bas ganti tak datang macam biasa dan disebabkan masalah nie, Syah lambat masuk pejabat hari ini. Hari ini macam biasa tak menang tangan buat kerja ... hehehehe ...letih tetapi best gak ... Tengahari tadi solat kat masjid depan pintu masuk UM coz dulu selalu solat kat situ dan ada orang jual barang-barang setiap hari Jumaat macam kat Masjid Negara tu tetapi rupanya dah tak ada lagi cuma yang ada satu gerai makan sahaja. Lagipun dah bertahun Syah tak kesini dan masjidpun dah agak lain sedikit kerana ada penambahan ruangan.
Lepas solat Syah singgah kat gerai tepi jalan on the way balik office untuk makan Laksa, Donut dan Barli Panas. Lepas makan Syah terus balik ke office sambung kerja yang sedia menunggu disamping macam-macam masalah vendor yang perlu diselesaikan. Sebelum balik tadi Yayasan TM buat sedikit farewell untuk pelatih industr]i mereka. Hari ini balik jam 17:00hrs dan Syah sampai Rawang Residence hampir jam 19:00hrs. Sebelum masuk Syah sapu sampah depan rumah dan siram pokok. Lepas tu sediakan bahan-bahan untuk masak Wantan Mee Bayam Sup Sayur macam biasa tu. Setelah selesai sediakan bahan-bahan tu, Syah mandi dan solat Maghrib baru masak dan makan. macam biasa lepas tu makan ubat.
Sekarang jam 21:32hrs dan Syah sudah selesai solat Insyak dan tengah mentenet sambil tengok TV. Oklah semua, sehingga kita berjumpalagi dilain Entry .............
No comments:
Post a Comment