Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu


15.05.2012, Ahad - Sempena Hari Ibu hari ini Syah mengucapkan "Happy Mother Day" to  my beloved Bonda Tiri which Syah call her Enche'. Baru sat tadi Syah call Enche' untuk mengucapkan selamat hari ibu kepadanya dan dia ucapkan terima kasih pada Syah.  Selamat Hari Ibu juga kepada bonda saudara Syah, Bonda Ejon yang sama-sama membesarkan Syah dari kecil hingga dewasa seperti anaknya sendiri.  Gambar Syah bersama Enche' nie diambil pada tahun 2009.

Tak lupa juga Syah mengucapkan jutaan ucapan terima kasih kepada :-
  • Almarhumah Soadah Al-Hajjah, bonda Syah yang melahirkan Syah kedunia ini walaupun Syah tak pernah mendapat kasih sayangnya kerana Allah lebih sayangkan dia sewaktu Syah berusia kurang satu tahun kerana melahirkan adinda Syah yang pergi bersama-sama Almarhumah meninggalkan kami semua.
  • Almarhumah Maharum Al-Hajjah @ Gedang, nenda yang Syah panggil EMAK yang membesarkan Syah dari bayi lagi bagai menatang minyak yang penuh sehingga tidak boleh diusik oleh sesiapapun dan memberi kemewahan hidup kepada Syah. Kasih sayangnya membuatkan Syah tak pernah terasa yang Syah sudah ketiadaan ibu.
  • Almarhumah Sadu Al-Hajjah, Nenda Saudara yang amat Syah kasihi dan kami membesar bersama-sama dan dia amat sayangkan Syah dan selalu bercerita kisah-kisah penglipurlara kami kami semua sewaktu kami kecil. Ada juga petua-petua orang dahulu yang diberikan kepada Syah dan Syah amalkan sehingga hari ini.
  • Almarhumah Che' Zan Al-Hajjah, Bonda saudara yang membesar, mendidik dan menjaga kebajikan Syah dari kecil hingga dewasa.  Semasa hayatnya dia sanggup bercuti kerana menjaga Syah dikampung yang ketika itu sedang sakit dan waktu itu Syah bukannya anak kecil lagi dan Syah berusia lingkungan  20an. Banyak lagi pengorbanan Almarhumah yang kalau diceritakan tak habis satu hari.
  • Al-Fatihah kepada Almarhumah Soadah Al-Hajjah, Maharum Al-Hajjah, Sadu Al-Hajjah dan Che' Zan Al-Hajjah Semuga Roh Mereka Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.  Amin. Syah sentiasa mendoakan kesejahteraan kalian disana setiap kali selepas solat.
Kepada Ibu-Ibu yang membaca Blog Syah ini, Syah juga mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada anda semua.  Kepada pembaca lainnya sama-samalah kita hormati Ibu yang melahirkan kita kedunia ini.  Selagi ada hayat mereka, hormatilah mereka dan tunjukkan kasih sayang anda kepada mereka dan jangan sekali-kali jadi Anak Derhaka.

No comments: