17.05.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah hari nie Syah sampai awal kepejabat jam 07:40hrs, jarang dapat sampai office macam nie. Cerita nye macam begini .....Ce Citer. Ce Citer...... Pagi tadi hujan dan masa Syah tunggu bas macam biasa, hujan dah reda adapun setitik dua jer jatuh kebumi yang fana ini.heheheh. Tiba-tiba ada kereta Waja berhenti dan macam nak bagi Syah naik. Bila Syah hampir kereta tu nampak member bas Syah Aci tu dalam kereta. Rupa-rupanya kereta dia naik kereta sapu (teksi tak berlesen)dan Syah naik sekali dan itulah sebabnya Syah dapat naik komuter jam 06:45hrs. Syah bayar RM1.00 jer kat driver tu, biasanya macam itulah kalau kita naik dari dalam keluar tetapi kalau dari luar kedalam RM10.00 yer dan ada juga driver yang ambil kesempatan caj RM2.00 atau RM5.00 untuk bawa orang keluar tetapi sepatutnya RM1.00 sahaja. Macam-macam orang kalau nak ambil kesempatan kan?
Inilah aktiviti sebahagian daripada kami dalam komuter iaitu membaca. Lately Syah selalu bawa buku dari rumah untuk dibaca dalam komuter, Dulu selalu dengar radio atau baca akhbar sahaja, ialah kalau nak harap bersantai kat rumah baru hendak baca nampak gayanya tak terbukalah buku-buku yang banyak kat royal mini library Syah tu. Inilah caranya Syah dapat membaca buku-buku tu kerana banyak lagi koleksi Syah yang Syah sendiri tak baca lagi dan hanya dibuka sekali-sekala jika ada keperluan untuk dibuat rujukan. Penumpang lain ada juga Syah lihat yang membaca novel, surat khabar dan tak kurang juga ada yang membaca Al-Quraan dan surah yasin. Nampak gayanya kampen kerajaan untuk membudayakan membaca dikalangan rakyat Malaysia bagi menuju status negara maju menjelang 2020 hampir direalisasikan tambahan lagi dengan pengedaran akhbar percuma sepert The Sun yang menggalakkan lagi budaya membaca dikalangan masyarakat.
Oklah semua sekarang sudah jam 008:13hrs dan kita jumpa lagi dilain Entry ............. Bye
No comments:
Post a Comment