Wednesday, May 9, 2012

Tuanku Abdul Halim Diraikan Oleh Warga Malaysia Di Brunei

09.05.2012, Rabu - Malam ini Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Shah Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah berkenan menghadiri Majlis Santapan Malam Bersama Rakyat Malaysia di Negara Brunei Darussalam. Kelihatan Seri Paduka baginda berdua beramah mesra dengan rakyat Malaysia yang berada di Brunei Darussalam. Seramai 300 orang warga Malaysia menghadiri majlis ini. Pada masa ini dianggarkan terdapat 30,000 rakyat Malaysia bermaustatin di Brunei dan mereka ini terdiri daripada  kalangan profesional serta pelajar.

Diantara titah baginda dalam majlis ini :-
  • Beta juga bershukur kerana Maswings juga telah berjaya melebarkan sayapnya ke Brunei mulai 1 Feb lalu.
  • Beta mahu rakyat Malaysia yang bermastautin di negara ini supaya sentiasa menjaga nama baik dan imej negara dalam apa jua perkara yang dilakukan.
  • Beta amat berbangga kerana persahabatan di antara kedua-dua negara kini berada pada tahap yang sangat baik dengan kerjasama rapat dalam pelbagai bidang.
Baginda juga dalam titahnya telah menyatakan penghargaan baginda kepada kerajaan Brunei Darussalam kerana telah membuka dan memberi peluang kepada rakyat dan syarikat Malaysia untuk bersama-sama memajukan ekonomi Brunei Darussalam.

Sumber :- Bernama

No comments: