Wednesday, May 9, 2012

Tuanku Abdul Halim Selamat Tiba Ke Brunei


09.05.2012, Rabu - Shukur Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan rombongan telah selamat tiba petang tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Barakas, Brunei Darussalam.  Keberangkatan tiba Tuanku dan rombongan disambut oleh Anakanda Tuanku Sultan Brunei iaitu YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah serta Menteri Pendidikan Brunei Darussalam, YB Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.  Malam ini Tuanku Abdul Halim dan rombongan dijadualkan berjumpa dengan warga Malaysia di Brunei.

Sumber :- Berita RTM /  Infofoto

1 comment:

Anonymous said...

Pic bodyguard nye x de ke???.?huby I hehehe..