26.05.2012, Sabtu - Salam semua dan sekarang Syah berada di pejabat kerana tak boleh buat kerja dari rumah kerana data-data yang diperlukan ada dipejabat dan masalah kalau nak bawa balik ke rumah. Pagi tadi Syah keluar jam 07:00hrs dan naik KTM ke KL Sentral. Malangnya komuter tersangkut di Stesyen Segambut hampir satu jam kerana ada masalah landasa dihadapannya dan on the way ke KL Sentral tadi nampak pekerja-pekerja menguruskan landasan yang bermasalah tu. Penumpang Kenalahlah tunggu dan bersabar kerana train tak boleh jalan sesuka hati dan hanya satu landasan sahaja digunakan, nanti bertembung pula dengan train yang lain dan lagilah mencari nahas namanya.
Sampai KL sentral Syah ke food court "tapaw" Young Tau Foo untuk lunch nanti dan beli buah betik 2. Sampai Menara TM macam biasa kena ikut prosidur datang kerja hari cuti, kena isi buku pendaftaran keluar/masuk pejabat. Gambar kat atas tu masa dalam LRT dari KL Sentral ke Kerinchi. Ok lah semua, Syah baru lepas breakfast Milo Panas + Oat dan ambil Habbatus Sauda dan hendak sambung kerja. Jumpa lagi dilain Entry ..............
No comments:
Post a Comment