28.05.2012, Isnin - Sepertimana yang Syah maklumkan terdahulu, dalam tiga minggu nie Syah busy kerana Member Syah Kak Rose ke USA melawat mertuanya dan Syah kena cover kerja-kerja dia. Jadi agak sukar untuk Syah update blog kerana ada masanya waktu lunchpun busy dan bila balik rumah memang "penat gila" kata budak-budak sekarang ....Hehehheheh. By the way Syah tak sihat hari nie dan jika ikutkan hati hendak MC tetapi kerja banyak dan Boss Syah, Dek NoR pun suruh Syah balik tetapi Syah tak mahu.
Actually sakit lama Syah kembali semula, Dah lah ada masalah piles lately nie dan pagi tadi ada masalah hendak buang air kecil. Rasa nilu dan pedih macam dulu-dulu tu dan Syah jumpa Dr Rasol dan dia bagi uabt antibiotik dan ubat lawas kencing. Syah rasa agak ok sekarang nie cuma ada masa-masanya rasa nilu dari pusat kebawah sebelah kiri. Ada kalanya perkara nie berlaku pada Syah dan tak tahulah kenapa. Dr Rasol pun sudah faham dengan masalah Syah dan minta Syah jangan risau sangat dan makan ubat ikut peraturan.dan dia juga ada bagi contoh katanya dia juga ada mengalami sakit seperti Syah nie .
Lunch tadi Syah lari sekejap ke KLCC untuk beli hadiah cabuan bertuah untuk TM Award Nites 2012. Setiab bahagian kena contribute 7 hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM300.00. Syah beli minyak wangi Polo 5 kotak dan 2 set tali pinggang dan wallet Bonia. Sampai office Syah wrap hadiah-hadiah tu dan kemudiannya lari sekejap ke Mutiara Bangsar untuk hantar hadiah nie kerana committee cabutan bertuah nie officenya kat situ.
Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry ...Doakan Syah sihat yer semua dan Syah juga doakan agar anda semua sihat jua hendaknya.
No comments:
Post a Comment