Thursday, May 10, 2012

Tuanku Abdul Halim Melawat Bngunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Brunei Darussalam

10.05.2012, Khamis - Petang tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan rombongan telah berkenan melawat Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja Brunei Darussalam.  Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah telah berkenan menandatangani "parchment" sempena lawatan ini.    Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Muzium-Muzium, Dayang Mariani mengenai bahan-bahan pameran yang terdapat di galeri-galeri Bangunan Alat-Alat Kebesaran Diraja.

Seri Paduka Baginda berdua juga sempat melihat foto-foto kenangan semasa Istiadat Perpuspaan (Pertabalan) KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan pada tahun 1968. Rombongan Diraja juga melawat Dewan Jubli Perak yang merupakan galeri bagi sambutan Jubli Perak KDYMM yang ke 25 tahun yang disambut pada 05.10.1992. Kemudiannya baginda dan rombongan telah dibawa menyaksikan barang jualan cenderamata di kedai cenderamata. Kemudianya diadakan sesi bergambar beramai-ramai.  Sebelum mengakhiri lawatan, Seri Paduka Baginda berdua telah menerima cenderahati daripada Timbalan Menteri Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datin Paduka Hajah Adina binti Othman.

1 comment:

Unknown said...

satu je ke pic? letak banyak sikit.. x puas la...