18.05.2012, Jumaat - Satu lagi pameran telah diadakan di Istana Negara Lama, Pameran Foto Bersama Malaysia-Brunei 2012 bermula hari ini 18.05.2012 hingga 15.06.2012. Majlis perasmian diadakan petang tadi oleh Timbalan Ketua setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Dr Rothiah Omar di Istana Negara Lama. Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam, Datuk Paduka Ibrahim Abdul Rahman. Dalam masa yang sama Pameran Raja kita sedang berjalan dan akan berakhir juga pada 15.06.2012 ini. Marilah kita beramai-ramai ke Istana Negara Lama dan jangan lepaskan peluang keemasan ini bagi menyaksikan kedua-dua pameran yang sedang berlangsung ini.
Objektif pameran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat umum berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia dan Brunei menerusi kaedah komunikasi visual dan pengedaran bahan-bahan bacaan. Tujuannya meningkatkan kefahaman rakyat tentang sisten Diraja dan hubungan dua hala antara negara. iannya juga untuk meluaskan pengatahuan rakyat berkenaan peranan dan tanggungjawab institusi Raja-Raja Melayu di kedua-dua negara. Pameran foto bersama ini merupakan kali keuda diadakan di Malaysia dan pertama kaliiannya diadakan pada tahun 2009 yang diadakan di Malaysia kemudiannya Brunei pada 01-07 Februari 2009 (Malaysia) dan 15-17 Disember 2009 (Brunei).

Sumber : Bernama / KPKK
No comments:
Post a Comment