Saturday, May 12, 2012

"Lese-majeste" PM Thailand Umumkan Tiada Perubahan Dibuat Terhadap Undang-Undang Berkenaan

12.05.2012, Sabtu - Perdana Menteri Thailand,  Yingluck Shinawatra dalam kenyataannya   semalam (Jumaat) memaklumkan beliau tidak akan memohon untuk merombak undang-undang berhubung isu menghina keluarga diraja berikutan kematian uncle sms, individu yang didapat bersalah dibawah undang-undang "lese-majeste" didalam penjara pada 08.05.2012. Mendiang yang berusia 61 tahun dijatuhkan hukuman hukuman penjara 20 tahun mulai November 2011 lepas.  

Beliau memaklumkan "Saya menegaskan bahawa polisi kerajaan adalah muktamad. Saya telah memaklumkan kepada kumpulan yang mahukan undang-undang ini digubal semula bahawa misi utama kerajaan adalah untuk menyelesaikan isu berhubung masalah ekonomi Thailand.

Dibawah undang-undang ini sesiapa sahaja yang didapati menghina Raja, Permaisuri atau  Putera Mahkota Thailand akan berhadapan  dengan hukuman penjara 15 tahun bagi setiap kesalahan.

Entry berhubung kematian uncle sms :-

No comments: