Monday, May 7, 2012

Dinner Malam Nie dan Bengang Pasal EGM Telekom Malaysia

07.05.2012, Isnin - Inilah juadah dinner Syah malam nie. Masa sampai KTM Rawang tadi Syah ingat hendak makan laksa tetapi memandangkan jam hampir 19:30hrs Syah batalkan je niat tu sebab bas ke Rawang Residence dah nak sampai. Bas sampai seperti biasa dan Syah turun kat kedai kerana ingatkan hendak beli roti yang biasa tu tetapi tak ada lalu Syah balik terus kerumah.  Lepas solat Maghrib Syah kupas betik yang beli kat pasar malam hari tu dan letakan sedikit buah anggur.  Lepas tu buat kurma sumbat dengan badam dan minuman pula milo o panas.  Inilah juadah dinner Syah malam ini sebab malas nak memasak sup sayur fish ball macam biasa tu. Makan semua .............

By the way malam nie boleh tidur lewat sedikit kerana esok kami di Menara TM dicutikan kerana ada EGM Meeting coz hendak memberi laluan kepada pemegang-pemegang saham TM. Cakap pasal saham nie bengang Syah pagi tadi dengan syarikat yang uruskan EGM meeting nie, Tricor Investor Services Sdn Bhd.  Syah sudah faxkan borang proxy mewakili Ayahanda Syah ke EGM meeting tu pada Khamis lepas dan Jumaat Syah call nak tanya dah dapat ker tidak fax Syah tetapi dia minta Syah call petang dan Syah terlupa.  Sabtu Syah call tetapi tak jawap dan hari nie Syah call dan mereka informed tak jumpa fax borang proxy Syah tu.

Akhirnya senang jer jawap mereka, Kami tak boleh buat apa-apa kerana borang yang Encik faxkan tak kami terima.  Tarikh akhir hantar borang proxy sudah lepas dan Encik kalau faxkan hari niepun tak boleh sebab kami dipantau oleh juru  audit kerana pada helain fax ada tarikh. Banyaklah alasan mereka, entah kemana tah mereka letakkan fax Syah .....................senang-senang kata tak terima. Boleh jalan lah ..................... Heheheh marah tapi kena senyum gak?

No comments: