Tuesday, May 22, 2012

Sultan Perak Sampaikan Pingat dan Darjah Kebesaran Pada Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Pengunegerahan Darjah Kebesaran Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-84

22.05.2012, Selasa - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan mencemar duli menyampaikan pingat dan darjah kebesaran dalam Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahaan Darjah Kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Perak ke-84.  Istiadat berlangsung di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.  Kelihatan Tuanku Azlan Shah menganugerahkan Darjah Seri Paduka Si Manja Kini (SPCM) yang membawa gelaran "Dato Seri" kepada Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria.  Turut menerima anugerah pada hari ini adalah artis kelahiran Perak yang telah berjaya diperingkat antarabangsa iaitu Dato' Michelle Yeoh, telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) yang membawa gelaran "Dato' Seri".

Sumber :- Bernama

No comments: