08.05.2012, Selasa - Macam-macam jadi pada Syah pagi tadi tetapi Insyallah dengan kehendak Allah semuanya sudah settle. Dalam FB Syah kata Boring kat Rumah Tak Tahu Nak Buat Apa. Hari nie TM cutikan kami semua yang bertugas di Menara TM ada EGM Meeting untuk pemegang saham dan sepatutnya Syah pergi meeting tu sebagai Proxy my Ayahanda tetapi mereka kata tak terima fax proxy form tu. So duduk rumah jer lah hari nie dan tu buat statement dalam Fb TERPAKSA CUTI SATU MENARA TM KERANA ADA EGM MEETING UNTUK PEMEANG SAHAM TM ....... NAKBUAT APA YEK CUTI-CUTI NIE. Nah kau "mendapat" ............. jugak akhirnya, tu ler lain kali bershukur dengan apa yang kita dapat dan jangan asik nak complain jew? Kan dah mendapat tetapi ini iktibar buat Syah dan kita semua. Banyak kerja yang Syah kena buat hari nie rupanya.
Ce Citer Ce Citer ......... Macam nie kisahnya Hehehehh :
- Pagi tadi Syah terdengar macam bunyi meletop dan Sah ada accident nie. Syah jengok kat luar kereta Syah ok tetapi nampak pasu-pasu Syah pecah dan berterabur. Syah nampak ada motor yang dibawa oleh remaja India melanggar pasu Syah dan terhumban kat depan rumah jiran Syah Chong. Pasu Chongpun pecah tetapi taklah bersepah macam Syah punya dengan serpihan pasu dan tanah berterabur. Malas Syah nak keluar dan biarkan jer dan dengar macam bunyi orang menangispun ada. Agaknya berlumba budak-budak tu sebab ada dua motor Syah tengok tergelempang depan rumah Chong. Bila mereka dah beredar baru Syah keluar bersihkan tanah dan pasu yang pecah tu. Kena sapu dan Syah gantikan pokok-pokok tu dalam pasu baru yang ada kat belakang rumah Syah. Berpeluh Syah dibuatnya tetapi kena uruskan juga.
- Dalam masa yang sama Maybank call inform Cheque yang Syah keluarkan semalam "overdrawn amount" dan baru Syah teringat Syah belum masukkan duit dalam akaun tu. Mereka nak caj RM100 tetapi Syah minta tolong dan kena caj RM50.00 tetapi mereka hendk Syah masukkan duit tu sebelum jam 09:30hrs melalui Maybanku2.com tetapi Syah tak ada kemudahan transfer cuma view jer dan mana sempat nak tunggu bas lagi dan depan rumah bersepah. Tension Syah. Akhirnya dia minta kebenaran untuk transfer duit dalam saving ke current Syah yang pada awalnya dia kata tak boleh tadi bila Syah suruh. Tetapi katanya Syah kena ke Maybank Rawang untuk isi borang "Authority To Debit Account" iaitu kebenaran daripada Syah untuk mereka transferkan duit Syah dari saving account ke current account. Kena caj juga RM50.00. Adaoiiiii .............. syah memang jenis lalai dan pelupa, inilah yang Syah dapat. Terima kasih kepada officer di Maybank Rawang Mr. Y.K. Tang yang banyak membantu syah.
Lepas selesai urusan di Maybank Syah ke pasar beli sayuran dan kemudiannya makan laksa kat kedai bersebelahan Giant . Lepas makan Syah ke Giant beli mineral water 9.5 liter tu untuk bekalan seminggu Syah. Memang besar botol dia dan Syah jinjit bawa naik bas. Tak ada apa nak dimalukan dah biasa buat banyak kali. Heheheheh ............ Syah sampai Rawang Residence hampir jam 12:15hrs dan terjumpa jiran sebelah rumah Chong dan inform kejadian pagi tadi. Katanya budak-budak kat sini suka bawa motor laju-laju dan hari Sabtu lepas kereta suaminya tiba-tiba dilanggar oleh seorang budak perempuan yang bawa motor sampai tanggal bumper depannya. Sampai rumah Syah tidur jap sebab letih sangat dan terbangun semula jam 13:40hrs dan terus Syah solat Zohor. Lepas tu rasa lapar dan nak beli buah-buahan potong kat gerai tempat Syah selalu tungu bas pagi-pagi tu. Ingat nak beli betik tapi dah habis lalu Syah beli nenas dan pelam jer. Sambil makan fruits tu Syah panaskan enjin AEL.
Sebentar tadi Ayahanda call Syah inform dia hendak hantar Bonda Tiri Syah pergi mengaji dan kemudian dia hendak ke bank keluarkan duit bonus yang Syah kasi kat Ayahanda dan Bonda Tiri Syah hari tu. Katanya dia akan hantarkan juga duit yang Syah kirim untuk Bonda Saudara Syah, Bonda Ejon dan Kak Engah. Syah memang bagi mereka duit belanja tiap-tiap bulan dan bulan nie kasi lebih sedikit coz dapat Bonus. Syah mengadulah dua kejadian yang berlaku pagi nie dan Ayahanda nasihatkan Syah supaya buat Solat Hajat bila Syah kata "Lately Nie Selalu Nasib Tak Baik". Katanya dia juga akan buatkan Solat Hajat untuk Syah........... Ayahanda memang macam tu pantang tengok anak-anaknya menghadapi kesusahan dan sebab tu kalau Syah sakit ker Syah tak bagi tahu dia takut dia risau tetapi sebagai Ayah dia macam ada rasa kalau Syah nie ada masalah. Tak dapat nak sorok........... heheheheh.
Oklah semua, sehingga kita berjumpa lagi di lain Entry ............... Syah doakan agar kita semua dipermudahkan segala urusan setiap masa, diberikan rezeki yang halal dan mendapat kesihatan yang baik serta menjadi orang yang beriman. Amin
No comments:
Post a Comment