29.05.2012 - Tahniah diucapkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah kerana telah berjaya membinda nombor pendaftaran kenderaan WWW 5 dengan harga RM22,000.00 manakala Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berjaya membida nombor WWW 1 dengan harga RM520,000.00 dan secara langsung memecah rekod yang dicatatkan oleh nombor pendaftaran MCA 1 pada 2010 dijual pada harga RM300,100.00. Tandatanya siapakah pembida yang berjaya membida nombor pendaftaran WWW 1 terjawab apabila Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) mengeluarkan senarai permohonan tender yang berjaya didalam portal rasminya semalam. Bidaan ini dibuka selama 15 hari bermula 30 April hingga 14 Mei 2012. Dianggarkan jumlah kutipan daripada pembida yang berjaya bagi nombor pendaftaran kenderaan WWW adalah sebanyak RM11.3 juta. Jumlah ini dikatakan 10 kali ganda melebihi kutipan biasa yang diperolehi untuk nombor pendaftaran siri lain sebelum ini. Sila click link dibawah untuk mengetahui senarai-senarai pembida yang berjaya.
Sumber :- Portal JPJ
No comments:
Post a Comment