Friday, May 11, 2012

Sultan Johor Buat Kenyataan Berhubung Isu Ekspatariat Singapura Yang Diserang di Pulau Rawa

11.05.2012, Jumaat - Semalam Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar "Buka Mulut" mengenai isu ekspatariat (pedagang asing) Singapura yang didakwa dipukul oleh pengawal peribadi Kerabat Diraja Johor. Satu sidang akhbar telah diadakan dikediaman rasmi baginda di Istana Pasir Pelangi, Johor Baharu, Johor. 


Tuanku Ibrahim memaklumkan bahawa ekspatriat berkenaan sebenarnya dalam keadaan mabuk dan telah menceroboh bot peribadi baginda dan menyerang kru bot berkenaan.  Ketika kejadian, baginda dan keluarga berada di pulau tersebut untuk ekspedisi menyelam selama tiga hari. Empat ekspatriat berkenan dilaporkan tiba pada jam 23:00hrs sebelum mabuk dan menggangu tetamu diraja yang mengadakan satu majlis dan menginap di pusat peranginan bersebelahan. Ada diantara mereka mengeluarkan kata-kata kesat kepada keluarga diraja  dan tetamu sehingga mencetuskan ketegangan dan berlaku pergaduhan.

Akhbar The Straits Time di Singapura melaporkan pada hari Rabu lepas bahawa empat ekspatariat negara itu diserang oleh pengawal peribadi keluarga kerabat diraja Malaysia ketika mereka bercuti pada 04 Mei lepas. Serangan dilaporkan berlaku di pulau berhampiran Mersing. Seorang lelaki British berusia 28 tahun mengalami kecederaan manakala rakannya dari Jerman mengalami pendarahan otak.  Dua lagi rakan mereka adalah dari Jerman dan Perancis.Salah seorang mendakwa telah dikepung dan ditendang bahagian sulitnya untuk melemahkan beliau dan seterusnya dibelasah.  

Tuanku Ibrahim menyifatkan perkara itu sengaja diperbesarkan oleh akhbar Singapura dengan mengeluarkan laporan yang kurang tepat. Titat Tuanku Sultan Johor  :-
  • Nasihat saya, berseronoklah apabila datang ke Johor tetapi tolong jaga tingkah laku sendiri
Sumber : Kosmo

No comments: