13.05.2012, Ahad - Malam tadi Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan mencemar duli menghadiri perkahwinan anak lelaki bongsu Menteri Besar Johor, Yang Amat Berhormat Dato' Abdul Ghani Othman dan Prof Datin Paduka Jamillah Ariffin. Mohammad Jamil Hilmi bin Abdul Ghani berusia 30 tahun telah diijab kabulkan dengan pasangannya warga Filipina Daryl Maira Orillaza Abdullah berusia 30 tahun. Majlis resepsi diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana.
Turut serta berangkat ke majlis ini adalah Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Teramat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu tak lain tak bukan Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment