Tuesday, May 15, 2012

Dompet Tinggal Kat Rumah dan Lunch Dengan Kak Yam

15.05.2012, Selasa - Hari nie rupanya Syah terlupa bawa dompet sebab masa nak bayar duit beli susu pagi tadi kat kedai bakit, beg duit Syah tak ada. Rasanya tertinggal kat rumah dan balik nanti nak cek, jangan betul-betul hilang sudahlah.  Untung dalam beg sandang Syah ada duit extra.  Lunch tadi Syah makan tengahari dengan Kak Yam @ KY dan sebelum jumpa KY Syah ke HR ambilkan surat untuk clearance cukai pendapatan KY sebab KY dah pencen.  Lama tak jumpa KY exspecially lepas dia pencen. Ky nak bayar lunch tetapi Syah kata Syah belanja dia. Ky nie satu course dengan Syah masa ambil kursus kesetiausahaan dulu - cerita lama.............. Heheheh. Lepas lunch Syah balik office dan KY call katanya surat tu misplaced dan Syah minta dia ingat betul-betul kat mana dia letak kerana on the way ke LRT tadi surat tu Syah nampak dia pegang.  Selepas solat kat LRT Station KY call Syah inform dah jumpa surat tu tertinggal kat salah satu kedai di Plaza Pantai tu. Kak Yam-Kak Yam .......... sambil berseloroh Syah kata kat dia "Biasalah Kak Yam orang dah pencen" sambil masing-masing ketawa. KY is one of my buddy in TM.  

2 comments:

anie said...

janji dapat makan dah la

shah said...

ok laada orang belanja