Tuesday, May 29, 2012

Mahkota Yang Dipakai Oleh Queen Elizabeth Untuk Setiap Istiadat Pembukaan Parlimen Akan Dipamirkan Kepada Umum


29.05.2012, Selasa - Mahkota yang sentiasa menjadi hiasan di jembala Baginda Queen Elizabeth II  yang digunakan ketika baginda menghadiri  Istiadat  Pembukaan Parlimen semenjak tahun pertama pemerintahannya pada 1952 hingga kehari ini akan dipamirkan untuk tatapan umum sempena sambutan Jubli Intan 60 tahun pemerintahan Baginda Queen Elizabeth II.  Imej baginda memakai mahkota ini juga boleh dilihat  pada stem pos dan  wang kertas serta duit siling pound. Mahkota ini akan dipamirkan di Buckingham Palace.  Mahkota yang dihiasi dengan mutiara dan 1,333 butir berlian termasuk batu-batu bewarna kuning kelabu empat karot. Berlian-berlian ini disusun dalam bentuk bunga ros, “thistle” dan “shamrock” yang merupakan lambang bagi England, Scotland dan Ireland.    Mahkota ini direka khas untuk pertabalan King George IV pada 1821 dengan kos ketika itu sebanyak 8,000.00 pounds sterling.

Mahkota ini kemudiannya  diwarisi oleh Baginda Queen Victoria sekitar 1837 yang mana imej baginda mengayakan mahkota ini boleh dilihat dalam gambar atau lukisan baginda. Terdapat juga imej baginda menggunakan mahkota ini dalam setem pos pada awal pemerintahan baginda.  Mahkota ini bertukar tangan dari satu generasi ke generasi keluarga Diraja Britain yang lain seperti Queen Alexandra, Queen Mary dan Queen Elizabeth I sebelum dimiliki oleh Baginda Queen Elizabeth II. Jika anda ke London dalam waktu terdekat ini bolehlah melawat pameran ini yang akan berlangsung pada 30 Jun hingga 08 Julai dan 31 Julai hingga 07 Oktober 2012


Sumber :-Mail Online

No comments: