Monday, April 30, 2012

Koleksi Terbaru di MBS Mini Royal Library


30.04.2012, Isnin - Inilah dia koleksi terbaru untuk Maharum Bugis Syah Mini Library di Rawang Residence Syah.  Syah beli buku-buku ini semalam sempena KL International Book Fair 2012 yang berlangsung di Putra World Trade Center bermula 27.04.2012 hingga 06.05.2012.  Bertambahlah koleksi Diraja Syah tetapi tak semuanya Syah baca serentak dan akan dibuka bila ada keperluan sahaja.

Diantara koleksi terbaru Syah adalah seperti berikut :-
  1. The Residency Years - Tunku Abdul Rahman Putra
  2. Raja Muhammad Alias - Arkitek Malaysia
  3. Sejarah Kerajaan Melayu Petani
  4. The Ottoman Sultan
  5. Umpama Sebuah Bahtera - Kajian Naskah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak
  6. Orang Biasa Diraja - Hayt dan Zaman Imam Perang Jabor
  7. Malaysia Dari Segi Sejarah
Ada tujuh buah koleksi terbaru di mini library Syah.  Satu lagi buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah yang Syah beli di Masjid Negara selepas solat Jumaat lepas tiada dalam gambar.  Cd bewarna kuning tu Syah dapat percuma daripada Arkib Negara semalam bertajuk Sebutir Permata Diatas Tahta yang mengandungi beberapa slide didalamnya mengenai Sultan Perak.  Bukunya ada dijual tetapi harganya agak mahal.


Koleksi Syah ini boleh dibaca oleh para kenalan Syah tetapi tidak boleh dipinjam kerana dari pengalaman sebelum ini Syah ada meminjamkan buku-buku koleksi mini royal library Syah kepada rakan-rakan tetapi tidak dipulangkan.  Akhirnya ketetapan telah dibuat buku-buku ini tidak boleh dikeluarkan dari MBS Mini Royal Library, Rawang Residence untuk dipinjam oleh sesiapun kecuali datang sendiri untuk membacanya/mengambil maklumat yang diperlukan sahaja.  Ada diantara koleksi Syah ini sukar untuk didapati lagi diluar sana, sebab itu Syah harus menjaganya supaya tidak hilang.

No comments: