14.04.2012, Sabtu - Nak gelak pun ada dan naik kesianpun ada. Insiden ini berlaku semalam di Masjid Negara semasa keberangkatan pulang Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Actually Syah pernah jumpa budak lelaki nie di Masjid Negara dan dia suka ambil gambar-gambar VIP yang datang ke Masjid menggunakan handphone dia macam Syah jugalah tapi Syah guna kamera.
Masa Syah keluar, Syah nampak dia duduk dihadapan berhampiran karpet merah dan dihadapannya ada kereta remote controll kecil bewarna kuning. Rasanya dia baru beli. Masa orang orang ramai beratur menunggu untuk bersalaman dengan Tuanku, Syah tengok beberapa orang mengelilingi budak nie. Sah pegawai-pegawai Istana yang curiga dengan kereta remote yang dia bawa tu. Orang ramai sibuk menunggu ketibaan Tuanku kat situ tak perasanpun perkara ini. Syah tengok pegawai-pegawai tu periksa kad pengenalan beliau. Ialah dah Sah Ketua Negara ada kat situ dan dia bawa kereta remote control lagi, manalah pegawai-pegawai tak ambil tindakan demi keselamatan Tuanku. ialah mana tahu ada bom ke kan/
Bagi anda semua jika ada Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Raja serta PM dan Timbalannya janganlah kita buat-buat aksi yang mencurigakan kerana pegawai-pegawai keselamatan mereka sentiasa ada disekeliling kita dan mereka tu taklah beruniform serta kita tidak akan sedar kehadiran mereka. Heheheh ........... ada-ada jer kan?
1 comment:
www.arrayah.info : Perbandingan Kekuasaan Khalifah dengan Kekuasaan Yang Di Pertuan Agong
Post a Comment