Sunday, April 8, 2012

Sultan Pahang Lancarkan Program Penghijauan Pahang

08.04.2012, Ahad - Hari ini Sultan Pahang KDYMM Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayyatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan melancarkan Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram. Semasa melawat gerai-gerai pameran yang diadakan, Tuanku sempat melakukan pemeriksaan kesihatan sambil diperhatikan oleh KDYMM Sultanah Pahang.

Dalam majlis ini juga, Tuanku SUltan Pahang menerima cek berjumlah RM500,000.00 yang merupakan sumbangan Kementerian Sumber Manusia yang disampaikan oleh Timbalan Menterinya, Senator Datuk Mazlan untuk membiayai Program Pembangunan Komuniti Desa Pahang. Cek kemudiannya diserahkan kepada syarikat Sultan Ahmad Shah Environment Trust Temenggong Initiative Sdn Bhd yang diwakili oleh anakanda baginda, Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fhad.

Sumber:- Bernama

No comments: