07.04.2012, Sabtu - Sekarang jam 06:45hrs dan Syah hendak bergesas ke TM Convention Center untuk persediaan sebelum TM Career and Education Fair dibuka jam 10:00hrs nanti. Crowds semalam memang ramai walaupun sepatutnya pendaftaran bermula sebelah petang selepas solat Jumaat tetapi awal pagi mereka sudah datang berkumpul semasa launching dan mereka dibenarkan masuk lebih awal lagi. Biasalah 1st day macam-macam hal berlaku tetapi dapat diselesaikan dengan sempurna. Kami di operation room memang busy kerana ada tugas tambahan kerana terpaksa buat photocopy untuk peserta yang tak bawa salinan dokumen masing-masing.
Kami caj RM0.10. Masalahnya di Plaza Pantai tu tak banyak kedai photostate dan yang adapun ditutup sementara kerana renovation. Kesian juga mereka, jadi kami menyediakan perkhidmatan photocopy nie. Malam tadi satu lagi mesin photostate telah dibawa ke TMCC Operation Room sebagai tambahan kerana hari nie kami akan menerima lebih ramai lagi guest.
Memang letih nak melayan kerenah mereka yang pelbagai. Yang bawa dokumen salinan tu senang kerja kita tetapi yang masalahnya yang bawa origanal dan masih dalam folder lagi sijil-sijil mereka dan terpaksa dibuat secara manual kerana sijil mereka tebal tak boleh masuk dalam sorter, take time sedikit kat situ. Setelah selesai jam 18:15hrs diadakan post mortem untuk semua committee. Memang sakit badan-badan Syah hari nie tetapi kerana tugas untuk TM kami semua bersemangat melakukannya dengan cara yang terbaik.
Hari nie kami semua kena bersedia dengan penuh semangat kerana crowds dijangka lebih ramai dari semalam coz hari nie Sabtu. Bukan sahaja job seekers yang datang tetapi mungkin ibubapa dan saudara mara datang sekali sebab kebanyakannya hari Sabtu ramai yang tak bekerja. Apa-apapun kami semua di TM Career and Education Fare mengalu-alukan kehadiran anda semua kerana :-
We Are One TM
Passion To Win
Support Each Others
Chalangeeeeeeeeeeeeeeee
Service With Heart
Ok ........ Jumpa anda semua di TM Career and Education Fare.
1 comment:
waahh..excited nak pergi sana besok.xsaba ni.heee
Post a Comment