13.04.2012, Jumaat - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat sempena Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Majlis yang diadakan di Masjid Negara ini turut disertai oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Hari Pertabalan YB Datuk Dr Rais Yatim.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment