Apa khabar anda semua hari ini dan Syah berharap agar anda semua berada dalam keadaan yang mengembirakan. Hari ini adalah Hari Ulangtahun Kelahir Syah dan Syah mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan taulan dan kenalan yang mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Syah samada melalui SMS, Telefon, Facebook mahupun berjumpa sendiri dengan Syah.
Terima kasih kehadrat Allah SWT yang telah melanjutkan usia Syah hingga mencapai angka 46 tahun. Ialah walaupun sudah berumur dan bukan lagi dalam golongan berstatus belia, Syah tetap rasa bershukur sangat kerana orang yang lebih muda dari kita belum tentu akan mencapai umur seperti kita, sebab itulah Syah bershukur. Hendak buat apa kita takut kepada tua kerana yang muda pasti tua dan yang hidup pastiakan mati. Mungkin jika dilihat dari raut wajah Syah, ada yang tak percaya syah sudah berusia 45 tahun tetapi itulah kenyataannya dan bershukur kepada Allah SWT yang memberikan keistemewaan ini pada Syah. Gambar nie Syah ambil pagi tadi sewaktu dalam perjalan ke KL Sentral menggunakan perkhidmatan "My Komuter Six Car Train".
Terima kasih kepada Ayahanda dan Almarhumah bonda Syah kerana merekalah Syah dilahirkan kedunia ini walaupun Syah tak pernah mendapat kasih sayang dari bonda Syah kerana ia pergi lebih awal mengadap yang maha esa sewaktu Syah berusia tak sampai setahun kerana melahirkan adinda Syah yang pergi juga bersama Almarhumah Bonda. Selepas itu Syah dibela oleh Kedua Nenda Syah sebelah Ayahanda yang menjaga Syah bagai menatang minyak yang penuh dan membesarkan Syah dengan penuh kemewahan hinggalah Syah meningkat dewasa. Bila mula bekerja baru Syah menetap bersama Ayahanda dan Bonda Tiri Syah dalam beberapa tahun sebelum Ayahanda Syah pencen dan pulang ke kampung. Selepas itu Syah tinggal bersama kekanda Syah di KL Residence sebelum membeli rumah sendiri.
Terima kasih diucapkan kepada semua kaum keluarga Syah atas sokongan dan kasih sayang yang mereka berikan kepada Syah. Kalian adalah segalanya dalam hidup Syah.
2 comments:
Salam , lorh 46 ? Siyez muka nampak muda je , hehe . tktau nk pgl ape . abg ? uncle mcm pelik plak , hehe . btw Happy Belated Birthday ea =)
46???MBS sangat awet muda anyway Happy Belated Bday
Post a Comment