Thursday, April 12, 2012

Sambutan Hari Keputeraan Sultan Perak Ditunda

12.04.2012, Khamis - Setelah 13 hari meninggalkan kita semua pada 30.03.2012 lepas inilah makam Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Allahyarham Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah yang disemadikan di Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Makam dihadapan Almarhum adalah Makam Sultan Perak Ke-33 iaitu Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah atau dikenali dengan nama Marhum Affifullah selepas kemangkatan baginda.

Dengan kemangkatan Allahyarham, sambutan Hari Keputeraan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah pada 19 April ini akan ditunda pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Al-Fatihah ............. Semuga Roh Almarhum dan Almarhumah di Makam Diraja Al-Ghufran ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.

Sumber :- Istana Iskandariah/Gambar dari Raja Mariam

1 comment: