28.04.2012, Sabtu - Syah keluar dari office lebih kurang jam 17:00hrs dan Syah plan hendak ke Pesta Buku di PWTC. Lalu Syah ambil keputusan ke Masjid Jame' untuk ke PWTC naik LRT Star. Sampai jer LRT Masjid Jame' keadaan macam biasa tetapi apabila Syah hampiri tangga hendak naik ke atas, mata Syah tiba-tiba pedih dan tak jadi naik tangga tu dan tanya polis bantuan yang ada kat situ. Katanya gas pemedih mata, memang pedih mata dan Syah nampak mata dia lagi merah. Syah tnya LRT tutupker dan katanya tak dan Syah tanya macam mana hendak ke LRT Star dan dia minta Syah lalu jalan bawah tanah dan katanya jangan dekati mana-mana orang berkumpul. Bila naik ke LRT Putra, train tak berhenti rupanya. Alamakkkkkkk........... habis Syah punya [an dan tak mengapalah. S
Since sudah berada diatas nampaklah gelagat mereka yang menyertai perhimpunan bersih nie dan sempat ambil beberapa keping gambar dari atas seperti yang anda lihat nie, Tiba-tiba ada pelancung dari Arab bertanya Syah mengenai situasi ini dan terpaksalah menerangkannya dalam bahasa inggeris yang Syah rasa betul kot apa yang Syah sampaikan tu........ Hehehehhe. Disebabkan keadaan tak mengizinkan Syah turun semula dan ikut jalan bawah tanah tu ke LRT Putra untuk ke KL Sentral ambil komuter balik Rawang.
Dalam komuter balik Rawang memang ramai peserta perhimpunan ini yang naik komuter untuk balik ke distinasi masing-masing. Sampai KTM Syah nampak banyak bas persiaran yang sebelum ini tak pernah nampakpun. Bila Syah amati betul-betul, nampak banyak yang pakai baju kuning dalam bas-bas berkenaan. Rupa-rupanya transport mereka yang terlibat ini dalam perhimpunan ini disediakan. Patutlah ramai transport disediakan dan elaun-elaun yang lain tu Syah tak pasti. Dalam komuter tadi banyak Syah tengok orang-orang yang sudah berumur sama-sama menyertai perhimpunan ini tak kira lelaki ataupun perempuan.
No comments:
Post a Comment