Wednesday, April 4, 2012

Neslisah Sultan Meninggal Dunia

04.04.2012, Rabu - Puteri Fatima Neslisah Osmanoglu atau dikenali sebagai Neslisah Sultan yang merupakan keturunan terakhir pemerintah empayar Ottoman paling tua yang masih hidup telah meninggal dunia pada hari Isnin lepas dan jenazahnya telah selamat dikebumikan semalam di Asiyan Asri Cemetery. Beliau meninggal dunia dalam usia 91 tahun di Istambul dan dikatakan akibat serangan sakit jantung. Neslisah Sultan diputerikan pada 04.02.1921 di Istambul, dua tahun sebelum pemerintahan Khalifah diIstambul dijatuhkan. Apabila datuknya yang merupakan Sultan terakhir Empayar Ottoman dijatuhkan pada 1924, kesemua keluarga diraja tidak dibenarkan menetap di Turki dan hidup dalam buangan diluar negara.

Neslisah dan keluarganya hidup dalam buangan di Nice, Perancis sebelum berpindah ke Mesir dan kemudiannya berkahwin dengan Putera Muhammed Abdel Monem dari keluarga diraja Mesir. Apabila Mesir pula menjadi sebuah republik dan pemerinthan berajanya dimansuhkan sekali lagi nasib malang menimpa beliau kerana terpaksa hidup sekali lagi dalam buangan dan tinggal semula di Perancis bersama suaminya. Pada 1952 kerajaan Turki telah membenarkan kaum wanita daripada keturunan Ottoman menetap di Turki dan beliau mengambil kesempatan ini untuk kembali semula ke Turki pada 1957.

Neslisah dan bekas Kerabat Diraja lainnya menggunakan nama keluarga (surname) Osmanoglu yang membawa maksud anak lelaki Osman. Suami Neslisah telah meninggal dunia pada 1979 di Istambul dalam usia 80 tahun. Pengkebumian Neslisah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Turki, Bulent Arinc sebagai wakil dari kerajaan Turki. Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdongon menzahirkan rasa sedih beliau di Parlimen atas pemergian Neslisah.

Katanya :-“Fatma Neslişah Osmanoğlu was a symbol of nobility, carrying the blood of Osman Gazi [the founder of Ottoman Empire]. We remember her with gratitude and respect. May God be pleased with her and her family,”

Al-fatihah ............Semuga Rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. AMIN.

Sumber :- The Washington Post / Today's Zaman

2 comments:

mama ju said...

Aslkm.
Tkasih. Mama memang link blog ni, selalu ambil tau. Mama baru baca buku Kamal atattuk. Memang teringin nak tau kisah keluarga terkemudian yg dibuang negara. Syukur dgn kisah ini.
Al fatihah.

tengkusyah said...

Al-Fatihah