Tuesday, April 10, 2012

Gambar Rasmi Tuanku Abdul Halim Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-V

10.04.2012, Selasa - Ini pula adalah gambar rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni AlMarhum Sultan Badlishah ketika menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-V dan disebelah Tuanku Abdul Halim adalah Isteri Pertama Tuanku iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah ketika menjadi Raja Permaisuri Agong menggunakan gelaran Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Bahiyah binti AlMarhum Tuanku Abdul Rahman. Tuanku Abdul Halim menjadi Ketua Negara dalam tempoh lima tahun bermula 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Ketika ini Baginda berusia 43 tahun dan esok baginda akan mencipta sejarah dalam sistem beraja di negara kita dimana baginda adalah satu-satunya Sultan/Raja yang ditabalkan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong semenjak Sistem Giliran memegang jawatan dikalangan sembilan Sultan dan Raja diamalkan selepas kemerdekaan Malaysia pada 1957. Esok Tuanku Abdul Halim akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam usia 84 tahun. Semuga Allah Lanjutkan Usia Tuanku dan Diberikan Tahap Kesihatan Yang Baik Agar Dapat Terus Memerintah Sebagai Ketua Negara Malaysia.

DIRGAHAYU TUANKU PATEK

No comments: