Saturday, April 14, 2012

Tuanku Abdul Halim Hadir Pertandingan Golf Sempena Pertabalan Baginda Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14

14.04.2012, Sabtu - Pagi tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan berangkat ke Pertandingan Golf Diraja yang diadakan sempena Pertabalian baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14. Keberangkatan tiba Seri paduka Baginda berdua pada jam 07:30hrs di Glenmarie Golf and Country Club disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalanya Tan Sri Muhyiddin Yasin. Seri Paduka Baginda berdua bersarapan pagi bersama-sama peserta sebelum Tuanku Abdul Halim memulakan pertandingan dengan melakukan pukulan "tee-off".

Sumber :- Bernama

No comments: