14.04.2012, Sabtu - Hari nie buka Fb terbaca post penyanyi dan pemuzik hip hop dibelasah kerabat diraja. Tersentak sekejap ........... so Syah google mengenai perkara ini memang ada entry berkenaannya oleh blogger yang lain. Actually Syah tak kenalpun artis nie. Dari pembacaan Syah mengikut kenyataan media beliau adalah seperti berikut:-
Mikael Mohd Rafee Mikael yang berusia 23 tahun atau lebih dikenali dengan nama SonaOne telah dibelasah oleh anak VIP daripada kerabat diraja yang dikenalinya pada jam 03:50hrs diluar sebuah komplek beli belah di Jalan Bukit Bintang. Menurut beliau ketika kejadian, beliau bersama-sama dua orang kawannya dan lelaki berusia 20an itu muncul dan menariknya keluar dari kereta. Sebaik keluar dia terus dipukul lelaki berkenaan menggunakan tangan sebelum dia terjatuh dan kemudian badan dan mukanya dipijak. Dia hanya mampu menutup muka dan kepalanya sahaja untuk mengelakkan kecederaan lebih teruk dan akhirnya mukanya berdarah dan dia tidak sedarkan diri. Orang ramai tidak sempat membantu beliau. Laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi.
Kita sebenarnya tidak tahu apa sebenarnya punca utama dia dibelasah oleh orang yang dikenalinya. Tak ada orang yang hobinya saja-saja membelasah orang tanpa sebab-sebab yang membawa kepada perkara yang tak diingini seperti kes ini berlaku. Apabila iannya melibatkan nama kerabat diraja, isu ini tentu akan jadi lebih hangat diperkatakan dan mesti ada tokok tambahnya nanti. Syah berharap agar anda semua bersikap positive dalam hal ini dan kita lihat sahaja nanti laporan sebenar apa yang berlaku sebelum menunding jari kearah orang lain atas apa yang berlaku tanpa usul periksa.
Syah juga ingin mengingatkan diri Syah sendiri dan kita semua bahawa negara kita ini ada undang-undang dalam menyelesaikan sesuatu perkara dan janganlah kita sesekali membuat undang-undang sendiri terutmanya jika kita dikalangan orang-orang yang dihormati dan dipandang mulia dalam masyarakat. Memanglah ........................ mana ada manusia yang menyesal dahulu mesti menyesal kemudiankan?. Sebab itulah kita kena berfikiran waras sebelum melakukan sesuatu.
1 comment:
Dari negeri manakah kerabat tersebut Syah ??
Post a Comment