11.03.2012, Rabu - Sekarang jam 08:55hrs dan Syah sudah ada di KL Residence. Pagi tadi Syah bangun awal macam biasa dan selepas solat Subuh terus Syah keluar takut bas lambat dan Syah buat decision jalan kaki ke KTM kerana uncle driver bas informed dia cuti 2 hari mulai hari nie. Tak sampai jalan 10 minit ada lori berhenti nak tumpangkan Syah. On the way jumpa bas . Ingatkan hendak turun dekat sekolah dan jalan kaki ke KTM tetapi uncle yang bawa lori tu inform dia lalu pekan Rawang. Dia turunkan Syah berhampiran McD dan Syah jalan kaki ke KTM. Naik train 06:45hrs ke KL Sentral. Shukur Alhamdulillah Allah makbulkan doa Syah supaya perjalanan pagi nie berjalan lancar. Sekarang kat KL Residence untuk menonton siaran langsung Pertabalan Yang di-Pertuan Agong dan buat recording di Astro Beyond.
No comments:
Post a Comment