01.04.2012,Ahad - Hari ini Sultanah Pahang, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Kalsom yang juga merupakan penaung Pertubuhan Pelindungan Khazanah Alam Malaysia atau PEKA dalam kenyataan baginda memuji usaha gigih PEKA mewujudkan kesedaran memulihara alam dikalangan masyarakat meskipun usianya hampir satu tahu. Menurut baginda lagi PEKA ditubuhkan pada Februari tahun lepas dengan misi mewujudkan kesedaran dalam pemeliharaan hutan, sungai, laut dan hidupan liar selain bergerak aktif memulihara hutan hujan Malaysia serta berusaha kearah penghutanan semula dan kelestarian hidup.
Tambah baginda lagi, pada tahun lepas PEKA telah bertungkus lumus bersama orang Asli menjalankan kerja-kerja penghutanan semula di Pahang. Titah baginda lagi PEKA telah memulakan satu proses berterusan untuk menubuhkan konservatori Warisan Hutan Hujan Diraja disetiap negeri yang akan menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini. Pada Disember lepas PEKA telah menyertai program pemuliharaan alam di Sungai Dalam, Raub dan menanam lebih dua ribu anak pokok Meranti. Seramai 100 sukarelawan terlibat dalam program ini bersama-sama 30 orang pegawai Perhutanan Pahang.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment