01.04.2012, Ahad - Lepas Solat Asar tadi Syah ke Pekan Rawang sebab rasa nak makan laksa since Khamis lepas lagi mengidam tak dapat-dapat. Kat pasar malam tak jual hari tu kerana kata kakak tu ikan tak ada. Dari Pekan Rawang Syah jalan kaki ke Bt 18 berhampiran area Kampung Kenanga untuk makan Laksa kat gerai tepi jalan tu. Laksanya sedap dan dibuat dari tepung beras dan bukan yang instant punya dan kuahnya tak berminyak. On the way ke gerai tu, Syah beli nenas untuk dimakan bersama laksa. Resipi asalnya tak ada nenas tu cuma Syah tambahkan jew buat style laksa penang. Minuman pula Milo Ice yang ............. Mak Aiiii.............. manisnya. Lepas makan Syah jalan kaki pusing-pusing Kampung Kenanga sebelum ke Pekan Rawang melalui Masjid As-Syakirin untuk ambil bas ke Rawang Residence.
Di Pekan Rawang, Syah singgah Mydin beli tisu, penyepit baju dan roti gardenia multi grain and seed untuk sahur nanti kerana esok nak puasa sunat. Masa kat Mydin kedengaran bunyi Azan Maghrib melalui pembesar suara di Mydin. Macam nielah kalau naik bas hari Sabtu dan Ahad penuh dengan sahabat-sahabat kita dari Bangladish, Pakistan, Myanmar, Nepal dan Indonesia. Dalam bas tadi ada seorang wanita Indonesia marah kat seorang lelaki Bangla tu kerana mungkin meraba dia kot? Terjerit-jerit perempuan Indon tu marahkan lelaki Bangla tu dalam bas. Ada-ada jew kan?
Sampai rumah Syah kemas barang-barang yang hendak dibeli. Syah cuba masukkan tisu dalam kotak kayu tetapi tisu tu tinggi sedikit lalu Syah ketuk kotak kayu tu dengan tangan kasi kotak tu penyek dan akhirnya boleh masuk dalam kotak kayu tu. Tiba-tiba Syah rasa salah satu jari Syah kebas, rupa-rupanya bengkak mungkin masa Syah ketuk dengan tangan kotak tisu tu. Terus Syah sapu minyak panas dan tuam dengan air panas lepas tu teringat plak ais boleh kurangkan bengkak dan terus Syah letak ice. Lepas mandi tadi Syah sapu minyak gamat kat bahagian yang bengkak tu. Sekarang nie ok sedikit cuma ada rasa sakit sedikit sahaja.
Sekejap tadi Ayahanda call tanya khabar dan informed Syah yang dia dan Bonda Tiri Syah puasa sunat esok. Ok lah semua, Syah nak bersahur sebentar lagi kerana kalau bangun jam 04;00hrs untuk sahur pun memang tak boleh masuk sebarang makanan, tak tahu nape kerana memang Syah begitu dari dulu lagi. Ok semua hingga berjumpa lagi dilain entry ..... Selamat Malam semua and have a nice dream.
No comments:
Post a Comment