Friday, April 20, 2012

Tiga NGO Buat Laporan Polis Mengenai Isu Persenda Raja-Raja

20.04.2012, Jumaat - Hari ini tiga badan bukan kerajaan atau NGO telah membuat laporan polis secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berhubung tindakan pemimpin pembangkang mempersendakan raja-raja Melayu ketika istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Balairong Seri Istana Negara pada 11 April lepas.  NGO berkenaan adalah Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Dewan Ekonomi dan Sosial Muslim Malaysia (DESMMA) dan Lembaga Pemantau Pengguna Islam Malaysia (LPPIM).

Presiden IRIMM, Amir Amsaa Alla Pitchay memaklumkan bahawa pihaknya memandang serius perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu dan pihak berkenaan perlu dikenakan tindakan tegas.  Manakala Presiden DESMMA, Mohd Fazil Abdullah dalam kenyataannya memaklumkan perbuatan tersebut merupakan satu penderhakaan terhadap raja-raja Melayu selain menunjukkan pemimpin terbabit tidak layak memimpin rakyat.

Ketiga-tiga NGO itu juga turut membuat laporan berhubung demonstrasi membantah pinjaman perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau PTPTN.  Mereka meminta polis menyiasat peserta yang mengganggu kenteteraman awam.

No comments: