Thursday, April 26, 2012

Raja Permaisuri Agong Hadiri Festival Fesyen Islamik di London

26.04.2012, Khamis - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon yang kini berada di  London telah mengetuai barisan kerabat diraja menghadiri Festival Fesyen Islamik (IFF) di Natural History Museum di South Kensington.  Majlis berfolio tinggi ini merupakan kedua kalinya diadakan dengan tema "Diversity in Modesty" dengan mendapat kerjasama daripada The Duke of Edinburgh International Award for Young People and The Wessex Youth Trust yang merupakan badan amal di United Kingdom yang memberi tumpuan kepada kanak-kanak dan remaja.

Turut mengiringi baginda adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang juga merupakan penaung IFF. Diantara kerabat Diraja Malaysia yang hadir adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Pahang Sultanah Hajjah Kalsom, Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.  Majlis ini juga turut dihadiri oleh Countess of Wessex Sophie Rhy-Jones dam kerabat diraja Brunei Darussalam.  Diantara pereka fesyen yang memperagakan hasil ciptaan mereka adalah Bernard Chandran, Melinda Looi, Tom Abang Saufi, Yin Ping dan Syaiful Baharim. 

Dalam ucapannya paa majlis ini Datin Seri Rosmah Mansor memaklumkan :-
  • Kami menyaksikan kebangkitan ramai pereka busana Islam berbakat dari seluruh dunia.  Pereka ini menghasilkan pakaian yang bukan sahaja sesuai dengan budaya tempatan mereka, tetapi mereka juga mengadunkan gaya global dalam rekaan mereka.  Festival ini membuka peluang besar kepada semua pereka fesyen.
  • Kami berharap untuk memberikan mesej bahawa festival Islamik juga adalah mengikut trend semasa, berwarna-warni dan bergaya sepertimana fesyen arus perdana.  Dapat dikatakan bahawa kreativiti tidak dikompromi dalam fesyen Islamik yang mementingkan kesopanan.
Sumber : Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Salam Syah, Saya rasa ada yg tak kene dgn gambar di atas. Saya tak pasti majlis ni berprotokol ke tak tapi yang pastinya bagi saya kedudukan isteri PM bukanlah di hadapan Permaisuri Agong. Sepatutnya beliau berdiri di barisan belakang bagi menghormati status Permaisuri dan juga Sultanah Pahang dan bukannya membelakangi baginda berdua.