Thursday, April 12, 2012

Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14

12.04.2012, Khamis - Inilah dia cenderahati daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah yang diberikan kepada para jemputan khas ke Majlis Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Iannya merupakan Duit siling emas edisi khas bernilai 10Dirham, Purity Ag999, berat 29.75g dengan diameter 38mm. Setiap wang siling disertakan dengan nombor siri. Bertuah kepada sesiapa yang memilikinya sebagai koleksi peribadi istiadat pertabalan yang bersejarah ini dimana ianya adalah pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang pertama kali diadakan di Istana Negara yang baru dan yang uniknya ianya merupakan pertabalan kedua Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sumber :- Gambar dari Engku Azuan

1 comment:

my-koleksi said...

Salam tengkusyah;

Minta izin untuk share info berkenaan
"Cenderahati Sempena Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-14", maklumat ini saya rasakan menarik untuk dikongsi dengan pembaca blog saya

TQ