Monday, April 9, 2012

YTM Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah

09.04.2012, Isnin - Lelaki yang berwajah "Mat Salleh" ini adalah Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah yang merupakan putera (anak lelaki) tunggal Almarhum Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah merupakan Raja Bergelar Negeri Perak dengan gelaran Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak dan dilantik pada 16.03.2010. Bondanya adalah Datin Seri Noraini Jane yang pernah berlakon pada tahun 1980-an dalam filem Jasmin bersama Mak Nani. Filem ini dihasilkan oleh bapa Datin Seri Noraini Jane sendiri iaitu Tan Sri Kamarul Ariffin.

Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah masih muda dan berusia 18 tahun. Almarhum Raja Ashman Shah mangkat dalam usia 54 tahun pada jam 01:30hrs, 30 Mac 2012 lepas akibat serangan Asma ketika sedang mengetuai zikir secara berkumpulan dikediamannya di No. 25, Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Dengan kemangkatan ini Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah mempunyai tanggungjawab besar menggantikan Almarhum Ayahandanya sebagai ketua keluarga.

4 comments:

Nur Lavender said...

muka mcm omputeh..mak dia drh omputeh erk..(sor xbrape taw sgt wlupon sy asal org prk)hehe..:))

Unknown said...

oo....so apa jawatan terkini YTM Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah dan dia anak tunggal ke ???

Anonymous said...

18 but already a Dato'. Wow!! Super wow. Anyway, hope he will be exactly like his father. A very very devastating lost. His father was a great guy based on his background.

Nur_Akira said...

Allahu Akbar... meninggal masa tengah lead zikir? hebat2, beruntung anak2 n isteri beliau...dapat pemimpin rumah macam beliau... kita plak nak mati camna??? :3