Monday, April 2, 2012

Sultan Brunei Berangkat Ke Mesyuarat Asean Summit

02.04.2012, Isnin - Hari ini Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah berangkat ke Kemboja untuk menghadiri Mesyuarat Asean Summit. Turut mengucapkan selamat tinggal kepada baginda adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah. Kelihatan DYTM Pengiran Muda Mahkota mencium Ayahandanya sebelum mengucapkan selamat jalan kepada Tuanku Sultan. Teringat Syah .............. Syah juga akan mencium Ayahanda, Bonda Tiri, Bonda Saudara, My Brother Muss & My Sister Intan bila berjumpa dan mengucapkan selamat tinggal kepada mereka sebagai tanda kasih sayang dan hormat Syah kepada mereka.

Turut serta berada di Sultan Flight Hanger, Rimba, Gadong untuk mengucapkan selamat jalan kepada baginda adalah anakanda-anakanda serta adinda-adinda baginda. Keberangkatan tiba baginda ke Hangar Sultan Flight disambut oleh Pemerintah Angkatan Bersenata Diraja Brunei, Major General Dato' Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Sumber :- Infofoto

No comments: