Sunday, April 8, 2012

TM Career and Education Fare 2012 Berakhir Hari Ini

08.04.2012, Ahad - Petang tadi Jam 18:00 hrs berakhirlah TM Career and Education Fair yang berlangsung di TM Convention Center atau TMCC di Menara TM, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur yang berlangsung selama tiga hari bermula 06 hingga 08 April 2012. Selepas karnival tamat, our big-big boss @ Human Capital, En Khalis menyampaikan ucapan terima kasihnya kepada kami semua kerana telah menjayakan karnival ini buat julung kalinya. Sebagai menghargai jasa kami, beliau memberi cuti dua hari kepada kami semua tetapi tak boleh ambil serentak dan mengikut giliran dalam masa sebulan ini. Beliau juga akan mengadakan majlis penghargaan kepada semua committee yang terlibat. En Khalis juga menyampaikan ucapan terima kasih our Group CEO, Dato' Seri Zam kepada kami semua yang telah bertungkus lumus menjayakan karnival ini. Katanya lagi Dato' Seri telah memberi kebenaran untuk wavekan sewa TMCC kepada Human Capital kerana secara tak langsung karnival ini telah mempromosikan TMCC kepada umum. Menurut beliau lagi, seramai lebih kurang 18,600 telah mendaftar untuk memasuki karnival ini dan jumlah ini tidak termasuk pengiring mereka seperti kawan-kawan, ibubapa, suami/isteri. Adalah dipercayai seramai lebih 20,000 orang megunjungi TM Career and Education Fair.

Macam biasa kami di Operation Room macam lipas kudung menguruskan permintaan pengunjung untuk membuat salinan photocopy supporting document mereka. Memang beratur panjang mereka menunggu giliran untuk membuat salinan. Naik kesianpun ada melihat muka mereka kerana terpaksa menunggu agak lama, tetapi nak buat macam mana kerana bilangan mereka ramai dan datang dalam masa yang sama. Setiap kali kami serahkan dokumen yang telah siap, kami semua ucapkan terima kasi dan kadang kala we wish them "Best of Luck". Macam biasa ada dua mesin yang diselanggara oleh Syah, Dek No dan Maspupah manakala mesin yang satu lagi diuruskan oleh Zaimy dari Yayasan TM dan isterinya yang merupakan jiran Syah di Rawang Residence. Walaupun berjiran baru hari nie kenal isterinya. Shukur Alhamdulillah kami mempunyai team yang bagus, walaupun Dek Nor incharge for the Operation Room tetapi dia sama-sama membantu kami walaupun sedang mengandung dengan memudahkan segala urusan dan seriau gak Syah tengok dia kerana ada masanya alihkan kerusi lah dan macam-macam kerja lagi.

Maspupah pula berkebolehan dari segi teknikal mengenai mesin photostate nie dan ini 1st time berkerjasama dengan dia walaupun kami satu bahagian dan ingatkan sombong tetapi memang friendly dan membantu. Sebenarnya mesin nie kami jarang kami guna sebab unit yang gunakannya sebelum nie dah tak wujud lagi manakala kontraknya masih ada dan tak boleh ditamatkan begitu sahaja. Jadi kami letak dioffice dan jarang guna, tu yang tak familiar sangat dengan functionnya tu, untung ada Maspupah membantu. Collection mesin Syah sahaja untuk tiga hari nie mencapai seribu lebih tetapi Syah tak kira betul-betul lagi, nantilah esok Syah akan kira semula kerana ada duit yang kat dalam tu bercampur dengan duit Dik Nor. Actually Dik Nor bawa duit siling tabungnya dari rumah untuk memudahkan kerja-kerja kami dan jika hendak ke bank dah terlambat dah nak menukarnya.

Keputusan kami menyediakan perkhidmatan photostate ini merupakan langkah bijak membantu mereka kerana di area Plaza Pantai kedai photostatenya tutup. Bayangkan jika tiada perkhidmatan ini dan mereka terpaksa pergi ke Central Market atau Bangsar untuk membuat salinan dokumen mereka dan ini merugikan masa mereka sahaja kerana assessment dan interview dijalankan pada hari yang sama.

Macam nielah keadaan mereka di salah satu booth yang disediakan. Disini kelayakan mereka akan disemak untuk memastikan mereka layak ke step yang seterusnya. Jika layak mereka akan menjalani assessment dan jika assessment tu berjaya, mereka akan ditemuduga dan surat lantikan akan dikeluarkan.

Inilah dia AJK yang menjaga makan minum kami selama tiga hari nie iaitu taikonya Abang Mutalib dan sebahagian dari teamnya iaitu Afiq (berbaju orange), Kak Rose (berkaca mata) dan Kak Laili (duduk). Kami semua diberi kupon dan dikehendaki menyerahkan kupon berkenaan setiap kali makanan diambil. Makanan disediakan secara pack dan kami boleh makan ditempat berkenaan atau dimana-mana tempat yang difikirkan sesuai supaya tak menggangu tugasan kami. Dua pembekal makanan digunakan untuk supply F&B nie. Lepas habis bertugas tadi Syah ke KLCC untuk dinner dan solat Maghrib serta Insyak. Selepas Maghrib Syah makan Meehon Sup di Signatures dan beli Green Tea and White Perl on the way ke LRT Station. Ok semua letih sangat rasanya Syah. Insyallah kita jumpa lagi yer semua.

1 comment:

Anonymous said...

As salam...saya salah seorg candidate yg dgr talk time ni...nak tnya la klu tahulah, sapa yg jd mc sepanjg career talk ni ei??suka tgk cara dier jd mc...