Sunday, April 15, 2012

Sultan Brunie Minum Petang Bersama Yang di-Pertuan Agong

15.04.2012, Ahad - Petang tadi Keb awah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidon telah berkenan menerima kunjungan hormat Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-marhum Pengiran Pemancha Pegiran Anak Haji Mohamed Alam.

Sultan Brunai dan Raja Isteri menghadiri Majlis Santapan Minum Petang bersama Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sempena Pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 pada 11 April lepas. Sultan Brunei dan rombongan berangkat ke Kuala Lumpur dari Brunie semalam (14.04.2012) dengan pesawat peribadi baginda dan mendarat di Pengkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang. Malam tadi baginda dan rombongan menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana, Putrajaya. Turut serta mencemar duli menghadiri majlis ini malam tadi adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sumber : Bernama/Infofoto - Gambar dari Infofoto

No comments: