Friday, April 27, 2012

Anggota Polis Ditembak Mati Di Istana Anak Bukit

27.04.2012, Jumaat - Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un. Petang semalam konstable Mohd Sobri Mohd Sidek, 22 tahun yang merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Istana Anak Bukit telah ditembak mati oleh suspek yang dipercayai rakan setugas Allahyarham sendiri. Kejadian berlaku sekitar jam 17:45hrs semalam dimana Allahyarham yang berasal dari Melaka dijumpai cederah parah dipercayai ditembak dimuka dan dada menggunakan M-16.  

Ketua Polis Kedah, Dato' Ahmad Ibrahim dalam kenyataannya kepada Bernama memaklumkan bahawa kejadian ini disedari oleh salah seorang anggota lain apabila terdengar bunyi letupan seperti mercun. Apabila anggota berkenaan ketempat kejadian beliau mendapati Allahyarham terbaring berlumuran darah dihadapan pos pengawal dan suspek dilihat meninggalkan istana sejurus kejadian berlaku menggunakan sebuah kereta.  Istana Anak Bukit merupakan istana rasmi Sultan Kedah yang kini bersemayam di Istana Negara sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Al-Fatihah kepada Allahyarham Mohd Sobri Mohd Sidek Semuga Roh Beliau Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh.  Kepada keluarga Allahyarham Takziah Syah ucapkan semuga tabah menerima dugaan ini.

Sumber :- Sinar Fm (Berita)/Bernama

No comments: