Tuesday, April 17, 2012

Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan Mencari Anggota Keluarga Berkenaan Diluar Kelantan Untuk Menjadi Ahli

17.04.2012, Selasa - Hari ini Yang Dipertua Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Nik Yusoff Nik Mohamad memaklumkan dalam kenyataannya bahawa pertubuhan itu sedang mengesan keluarga keturunan Raja Jembal yang dipercayai menetap diluar negeri Kelantan. Ini adalah untuk menghimpunkan keluarga berkenaan dan menjalankan aktiviti berfaedah untuk ahli-ahlinya termasuk menjaga kebajikan masa depan ahli-ahli. Tambah beliau lagi, Raja Jembal menduduki tahta Kelantan sekitar tahun 1638 hingga 1721 dengan pemerintahan Raja Sakti disekitar Pekan Kedai Lalat yang dikenali sekarang sebagai Kota Jembal.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Kota Baharu (MPKB) yang menamakan pasar besar di Kota Jembal sebagai Pasar Kota Jembal. Dalam kenyataannya kepada Bernama :-
  • "Ini merupakan satu penghargaan tidak ternilai kepada anggota pertubuhan kerabat diraja itu, khasnya kepada generasi muda mengenai asal usul sejarah awal kesultanan Kelantan"
Tambah Nik Yusoff lagi, pihaknya tidak bertanggungjawab dengan tindakan segelintir ahli yang menyalahgunakan logo atau lambang pertubuhan pada kenderaan untuk kepentingan peribadi mereka. Dengarnya baru-baru ini Istana Kelantan mengeluarkan arahan supaya lambang berkenaan tidak boleh diletakkan pada kenderaan. Syah juga pernah terbaca dalam buku biografi Nik Azizi bahawa Menteri Besar Kelantan itu adalah merupakan keturunan Raja Jembal.

Jika anda dari Keturuna Raja Jembal yang menetap diluar Negeri Kelantan, ini adalah satu peluang keemasan untuk anda mendaftar sebagai ahli untuk pertubuhan ini.

5 comments:

Tg Fierhan said...

klu sape2 je yg tdak boleh mkan ikan sekacang dan yg brkait dgn bluh betong, mknenye die berketurunan Raja Jembal ek??

aterra said...

nak tanya mcm mana plak dengan sape2 yang dah termakan ikan sekacang n rebung buluh betung tue yer... ade cara tak u sembuhkan.. time kasih.

annys lutzka said...

keturunan ni asal ada x yg dari bugis n pattani..sbb mama berketurunan raja bugis..nenek alah ngan ikan amende tah ..sampai xleh dok dlam umah law masak ikan tu,abah plak keturunan raja pattani moyang sy panglima diraja,kira sy keturunan ke 4 la nye.boleh taw dari mana raja jembal ni ada kne mngena ke?

harun aaron said...

slm
sy nama da xda nama glaran..tgku,engku,wan,cik.

tp mak sy mmg asal kturunan org basar2 sbbnya kami x bole mkn ikan kkacang,
rebung buluh betung,
dan bayam bduri..
dlu mak sy tggal d patani.bila mlahrkn kkak sy yg ptama dan kdua,diorg bmsti bjumpa dgn org raja2 d patani. sbb klu x jumpa,akan sakit.
kkak sy yg kdua,mmakai glaran tgku..bru sihat..mmg sihat sakit kuasa Allah.. tp itulah yang nk dceriakan..jd bgaimna??

klu sy nk join prtubuhan kerabat bole ke?? tkut kne saman nti klu org x pacaya..

Tuan Ismarani said...

Dlu,sy ad lar jgk pegi perhimpunan agung krbt Raja Jembal nie..tp time 2 bru form 1 so mmang x tau ap2..ble rmy yg mempersoalkn kwujudan ''Tuan'' dkt nme sy mula buat ''research'' n x sngka ad kaitan dngn raja..