Sunday, April 15, 2012

Syah Ke Istana Negara Lama @ Muzium Diraja

15.04.2012, Ahad - Hari ini Syah ke Istana Negara lama di Jalan Syed Putra kerana hendak melawat Pameran Diraja sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-14. Syah jalan kaki dari Stesyen Keratapi Kuala Lumpur ke Istana Negara lama sebab tanya beberapa kaunter Rapid Bus, macam mereka tak pasti bas lalu situ, malas nak fikir Syah jalan kaki jer ikut tanda arah jalan Syed Putra tu. Taklah jauh sangat, mungkin sebab Syah memang selalu jalan kaki kot cuma berpeluh jer sebab cuaca panas. Syah sampai hampir jam 12:00hrs tetapi tak boleh masuk sebab hari ini sebenarnya Perasmian pameran ini oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah. Masa Syah sampai Tuanku sudah mahu berangkat pulang. Pengawal Keselamatan inform Syah hari ini perasmian dan esok baru dibuka untuk lawatan. Alamak tak apalah. Majlis ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri serta Yang Teramat Mulia-Yang Teramat Mulia Jemaah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

Selain daripada itu Istana Negara lama ini telah dijadikan Muzium Diraja. Ianya juga telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan dibawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Akta ini merupakan satu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semula jadi, warisan kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan dibawah air, harta karun dan bagi perkara-perkara yang berkaitan. Berbalik kepada Pameran Raja Kita ini, ianya bermula esok 16.04.2012 hingga 15.06.2012 dan dibuka kepada orang ramai bermula jam 09:00hrs hingga 17:00hrs. Marilah kita bersama-sama mengunjungi pameran ini dan bawalah sahabat handai dan kaum keluarga anda semua untuk menyaksikan pameran ini dan mendedahkan kepada mereka mengenai institusi Raja Berpelembagaan di negara kita ini. Selain daripada itu, inilah masanya untuk anda semua menjejakkan kaki di Istana. Apa lagi Jom Kita ....................................

Keberangkatn pulang Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong diikut kemudiannya oleh YAB Perdana Menteri dan isteri serta YTM-YTM Jemah Pemangku Sultan Negeri Kedah Darul Aman.

3 comments:

nadya said...

nak lawat pameran tu kena proper dress ker? maksudnya no jeans allowed or no round neck t-shirt etc? how much per entry?

tengkusyah said...

Boleh pakai apa sahaja asalkan jangan menjolok mata dah ler.hehehehe
Its free.
Mai lah ramai-ramai kita masuk Istana dan tambahkan pengetahuan mengenai Institusi Raja Berpelembagaan di negara kita.

Unknown said...

Azman Aziz :-

Syah jalan kaki dr stesen KTM KL (lama) ke Istana Negara, jauh tak ? lebih kurang berapa km agaknye ? ada 30 minit atau 1 jam berjalan kaki ?

pls reply ASAP, plan nak gi esok :D